Tuesday, 21 February 2017

KEREPEK UBI PEDAS BASAH

KEREPEK UBI PEDAS BASAH
Kerepek ubi pedas basah? Macam dah selalu beli je dekat pasar malam? Haaa jangan salah faham pulak ye! Ini bukan kerepek yang anda selalu beli di pasar malam tu! Ini kerepek ubi pedas basah saya buat sendiri tau. Memang lain daripada yang lain. Saya taknak cakap banyak, anda boleh cuba dulu baru tahu apa keistimewaan kerepek ubi pedas basah ni!! Haaa taknak tahu ke apa keistimewaannya? Tak rugi ke? Meh laa try. Harga murah je saya bagi. RM10 sahaja. So tunggu apa lagi? Dah boleh order sekarang dah tak perlu tunggu esok. Yang pasti "SEKALI RASA PASTI NAK LAGI"

KEREPEK UBI BBQ

KEREPEK UBI BBQ !
Haa mesti anda dah pernah dengar dan makan kerepek ubi BBQ kan? Tapi nak tahu tak, kerepek yang anda makan tu tak sama macam kerepek ubi BBQ yang saya jual ni!! Eh apa yang tak samanya? Nampak macam sama je. Ha meh sini saya nak bagitahu. Kerepek saya ni bersalut dengan cheese dan BBQ yang membuatkan anda akan rasa manis pun ada, pedas pun ada. Kerepek ubi BBQ ni juga mendapat sambutan yang ramai. Apatah lagi apabila musim perayaan. Memang tak tidur malam saya dibuatnya. Tapi tak rasa letih pun sebab hati gembira kerana ramai pelanggan yang sukakan kerepek ini dan memberi komen yang positif. Dah la ada cheese tambah pulak dengan BBQ. Mesti mahal kan? Siapa cakap? RM10 SAHAJA!! Saya bagi harga kasih sayang je untuk anda semua sebab saya senang hati bila tengok ramai yang order. Jadi tunggu apa lagi, mai cepat order dekat saya. Stok pun dah tak banyak dah nii!!! CEPAT CEPAT! Yang pasti "SEKALI RASA PASTI NAK LAGI" 😎


KEREPEK PISANG

Image may contain: food

Kerepek pisang terlajak laris !!
Apa tu? Kenapa panggil terlajak laris pulak?
Ha kalau nak tahu kerepek pisang ni baru je promote dah beratus-ratus orang pakat order tak menang tangan nak reply whatsapp. Hari-hari mesti kena buat beratus-ratus pack sebab terlalu laris. Mesti ada di antara korang yang tak pernah rasa kan? So taknak try ke? Rugi tau kalau tak cuba. Risau tak cukup duit nak beli? Alahai saya bagi harga yang cun melecun punya! RM10 SAHAJA !!!! Yang pasti "SEKALI RASA PASTI NAK LAGI"❤

Tuesday, 14 February 2017

POSTER KEREPEK SPICY

Poster kerepek Spicy
Ini adalah poster perniagaan kerepek saya.Saya menggunakan poster untuk mempromosikan tentang perniagaan saya ini kepada orang ramai.